PROJEK RUMAH MAMPU MILIK

55) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan rumah mampu milik dibina sebagai "service apartment", walaupun harga rumah dikawal tetapi cukai petak adalah tinggi disebabkan status tanah adalah dibawah kategori komersial. Apakah usaha akan dilakukan demi mengurangkan beban pembeli-pembeli sedangkan kebanyakan mereka merupakan golongan B40?

    Untuk makluman Yang Berhormat Balakong dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang lain, Pangsapuri Perkhidmatan atau Service Apartment dibangunkan dan dibina mengikut syarat dan zon perniagaan. Kebanyakan pembangunan Service Apartment ini terletak di lokasi-lokasi tumpuan di sekitar metropolitan Selangor. Justeru itu, unit-unit service apartment ini dijual dengan harga yang tinggi dan tidak mungkin golongan B40 dapat memilikinya. Walau bagaimanapun kebanyakan kediaman mampu milik yang dimiliki oleh golongan B40 ini adalah di dalam pembangunan kediaman keseluruhan ataupun pembangunan bercampur yang mempunyai unit kediaman dan perniagaan di dalam satu skim pembangunan. Selepas pelaksanaan cukai petak oleh kerajaan negeri, unit-unit kediaman ini menerima kadar cukai petak yang lebih adil. Ini adalah salah satu usaha dan langkah rasionalisasi cukai oleh kerajaan negeri di mana petak kediaman menerima kadar kediaman dan petak perniagaan menerima kadar cukai perniagaan. Ini berbeza sebelum pelaksanaan cukai petak di mana semua unit dikenakan kadar cukai perniagaan tidak mengira sama ada unit tersebut perniagaan atau kediaman, sekaligus menimbulkan ketidakadilan semasa membayar caruman cukai tanah kepada Perbadanan Pengurusan sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.