Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
84) NYAMUK WOLBACHIA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan hasil kajian 2 tahun lepas tentang keberkesanan nyamuk wolbachia dalam menangani denggi di Negeri Selangor?
Hasil penyelidikan nyamuk berWolbachia oleh pihak IMR di Selangor pada 2017 menunjukkan keputusan yang positif dan memberangsangkan bagi kawalan denggi di 7 lokaliti denggi di daerah Petaling dan 2 lokaliti denggi di daerah Gombak. Kesemua lokaliti menunjukkan pengurangan kes denggi dan status lokaliti denggi di lokaliti berkenaan adalah terkawal.
Fasa penyelidikan ini telah diteruskan ke fasa operasi di 8 lokaliti lain bermasalah denggi di Petaling pada 2019 dan tambahan 4 lokaliti lain pada tahun 2020. Projek ini juga diluaskan ke negeri lain seperti Pulau Pinang dan Johor di lokaliti terpilih.