Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
89) KAMPUNG TRADISI PELBAGAI ETNIK BERBUDAYA MALAYSIA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan berminat melalui kaedah call for proposals, untuk membangunkan kawasan di Kg Taman Warisan Klang Gate sebagai pusat pelancongan diversity bagi flora dan fauna yang lengkap dengan homestay kampung tradisi pelbagai etnik berbudaya Malaysia?
MPAJ berminat dengan cadangan membangunkan Kg Taman Warisan Klang Gate sebagai pusat pelancongan diversity bagi flora dan fauna yang lengkap dengan homestay kampung tradisi pelbagai etnik. Walaubagaimanapun perkara ini perlu penilitian dan penyelarasan teknikal dari semua agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Jabatan Hutan dan lain – lain agensi yang berkepentingan supaya tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang. Perancangan ini juga akan ditambahhbaik dalam Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (Penggantian) yang kini dalam proses penyediaan.