Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
95) PENCAPAIAN STATUS BANDARAYA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu MPAJ mencapai status bandaraya?
MPAJ dalam tindakan penyediaan cadangan kertas kerja naiktaraf status perbandaran ke bandaraya. Kertas cadangan ini akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum dipertimbang ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Merujuk kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 4 Tahun 2008, MPAJ telah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan untuk dinaiktaraf ke status bandaraya. Lima (5) perkara yang ditekankan bagi kriteria naik taraf pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah jumlah penduduk, jumlah hasil tahunan, sistem penyampaian perkhidmatan, keupayaan pusat pertumbuhan baharu dan kemampuan menyediakan perkhidmatan bandar, kemudahan infrastruktur, dan utiliti awam serta keupayaan membentuk jenama dan imej bandar.