Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
2) PENAMBAHBAIKKAN SISTEM TRAFIK DAN PENGANGKUTAN AWAM DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan-pelan terkini bagi penambahbaikkan sistem trafik dan pengangkutan awam di Selangor yang terkini, terutamanya di kawasan bandar seperti Bandar Utama?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan sentiasa memastikan pengurusan lalulintas dan sistem trafik adalah terkawal berdasarkan pelan dan kajian sedia ada untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam khususnya di kawasan bandar.
Untuk makluman Yang Berhormat, perbincangan bagi isu infrastruktur dan kemudahan awam di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan diadakan secara berterusan, di antaranya adalah:BIL. Pelan / Kajian Yang
Dilaksanakan
Jabatan / Agensi /
PBT
Jumlah Peruntukan(RM)1. Pelan Induk Pengangkutan
Negeri Selangor (PIPANS)
Unit Perancang
Ekonomi Negeri
(UPEN) Selangor
RM1,036,553.332. Kajian Pengangkutan dalam
sebahagian daripada
Rancangan Struktur Negeri
(RSN)
Jabatan Perancang
Bandar dan Desa
(JPBD) Selangor
RM35,200.00(dimasukkan dalam
kos perunding RSN)
3. Pelan Induk / Kajian
Pengangkutan MBSA
Majlis Bandaraya
Shah AlamRM500,000.004. Kajian Destinasi Asal (Origin
Destination)
RM187,000.005. Pelan Induk Pengangkutan
Petaling Jaya
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
RM1 juta6. Kajian Pengurusan Lalulintas
dan Kapasiti Jalan Raya Sedia
Ada di Kawasan Melawati –
Kemensah
2018 – 2028
Majlis Perbandaran
Ampang Jaya
RM400,000.007. Kajian Pengangkutan dalam
sebahagian daripada Kajian
Rancangan Tempatan Daerah
– Semua PBT
Semua PBT Termasuk dalam kos
Kajian Rancangan
Tempatan (RT)8. Kajian Trafik Jabatan Kerja Raya
(JKR) Selangor
Kos kajian termasuk
dalam sebahagian
kos projek
menaiktaraf jalan
raya9. Kajian Impak Trafik Pihak Berkuasa
Tempatan
Kajian ini disyaratkan
kepada pemaju