MASALAH DENGGI

35) MASALAH DENGGI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengan kadar kes demam denggi tertingi di Malaysia, æapakah tindakan terbaru æbagi mengurangkan kes denggi dari terus berlaku?

    Soalan berkaitan denggi akan dijawab bersekali termasuk soalan no 35 daripada Yang Berhormat Sungai Pelek, soalan 135 daripada Yang Berhormat Subang Jaya, soalan 202 daripada Yang Berhormat Bukit Lanjan dan soalan 271 daripada Yang Berhormat Kuala Kubu Baru.
    Demam denggi merupakan penyakit berjangkit yang akan tetap muncul setiap tahun. Kebiasaanya, demam denggi menjadi isu apabila kita menghadapi musim hujan kerana nyamuk Aedes mempunyai tempat untuk membiak.
    Demam denggi adalah penyakit endemik di mana ianya sentiasa berlaku dan jumlah kes-kes demam denggi berubah pada kadar yang sama atau hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengawal kes demam denggi daripada menjadi penyakit epidemik yang mana penularan wabak bagi penyakit meningkat melebihi daripada jumlah yang dijangka.
    Laporan Situasi Denggi di Negeri Selangor secara kumulatif sehingga 9 mac 2019 telah merekodkan sebanyak 17,004 kes, berbanding 6,138 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2018. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kes denggi bagi tahun 2019 dan 2018 mengikut daerah :

     

     

    Bagi merealisasikan matlamat itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk menampung perbelanjaan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi Negeri Selangor bagi tahun 2019. Hanya negeri Selangor sahaja yang memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menangani denggi berbanding negeri lain di Malaysia.
    Sebahagian besar peruntukan tersebut adalah untuk membudayakan masyarakat dalam mencegah denggi. Sejumlah RM1.248 juta akan disalurkan kepada Ahli Majlis melalui PBT bagi melaksanakan aktiviti pencegahan di kawasan masing-masing dengan melibatkan masyarakat setempat. Di samping itu, setiap Ahli Dewan Negeri juga diminta menggunakan sejumlah RM10,000 daripada peruntukan Khidmat Masyarakat DUN bagi melaksanakan program pencegahan denggi seperti aktiviti cari dan musnah. Penglibatan ketua pimpinan masyarakat ini dapat membantu mengurangkan dan menghapuskan tempat pembiakan aedes dengan penglibatan masyarakat setempat.
    Yang Berhormat Kuala Kubu Baru bertanyakan kaedah menghapuskan nyamuk Aedes yang digunakan sejak tahun 2018.
    Langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi bagi menghapuskan nyamuk Aedes yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut:
    1. Langkah-langkah kawalan
    i. Pemantauan kes yang dilaporkan secara harian di peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat;
    ii. Melaksanakan aktiviti kawalan secara berkesan keatas setiap kes yang dilaporkan seperti Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes, Semburan Racun Termal untuk nyamuk dewasa (fogging dan ULV) dan Semburan Racun untuk membunuh larva (Larvaciding);
    iii. Melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan kepada komuniti terlibat – Ceramah, Perbincangan Kumpulan Kecil, Tunjuk Cara, Nasihat Individu, Hebahan Awam, Risalah, Poster dan Media Luar;
    iv. Menggerakkan komuniti melaksanakan aktiviti gotong-royong untuk mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes;dan
    v. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
    2. Langkah-langkah pencegahan
    i. Pemantauan indeks pembiakan Aedes di kawasan berisiko tinggi denggi dan kawasan tumpuan awam;
    ii. Melaksanakan aktiviti Penghapusan Tempat Pembiakan Aedes kawasan berisiko tinggi denggi dan kawasan tumpuan awam;
    iii. Melaksanakan Semburan Kabus (fogging) pencegahan di kawasan yang mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi;
    iv. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975; dan
    v. Melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan kepada komuniti setempat.
    Yang Berhormat Bukit lanjan juga bertanyakan jenis bahan kimia yang digunakan untuk “fogging” dan kesannya kepada alam semulajadi.
    Racun serangga yang digunakan perlu didaftarkan terlebih dahulu oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP), Kementerian Pertanian Malaysia. Racun serangga tersebut perlu mematuhi kehendak kesihatan awam dan penjagaan alam sekitar. Dua kelas racun serangga yang digunakan ialah Organofosfat dan Sintetik Piretroid. Bagi memastikan pekerja – pekerja fogging sentiasa sihat dan selamat mereka perlu mematuhi Akta Racun Serangga Perosak, 1974. Operator menjalankan semburan perlu di latih dan kompeten. Mereka perlu menggunakan
    kelengkapan pelindung diri. Sebelum aktiviti semburan termal (fogging) dilakukan hebahan awam untuk penduduk supaya mengambil langkah – langkah pencegahan seperti menutup minuman, makanan, membawa haiwan peliharaan keluar daripada kawasan semburan. Panduan penggunaan racun serangga juga dilakukan supaya ia disimpan, digunakan dan dilupuskan dengan betul.
    Yang Berhormat Sungai Pelek, Yang Berhormat Subang Jaya, Yang Berhormat Bukit Lanjan dan Yang Berhormat Kuala Kubu Baru bertanyakan dasar dan strategi baru Kerajaan Negeri dalam usaha mengurangkan kes demam denggi di Selangor.
    Kerajaan Negeri Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri akan menggunakan tambahan strategi baru dalam kawalan dan pencegahan denggi iaitu;
    i) Kawalan biologi menggunakan Nyamuk Aedes dengan Wolbachia. Wolbachia adalah sejenis mikroorganisme yang hidup secara semulajadi dalam organ-organ pembiakan serangga. Ia wujud dalam kira-kira 60 peratus serangga kecuali nyamuk Aedes Aegypti. Oleh kerana Wolbachia tidak terdapat dalam nyamuk Aedes Aegypti seperti kebanyakan serangga lain, maka suntikan akan dilakukan di dalam makmal sebelum ia dilepaskan ke lapangan. Setelah membiak dalam jangka masa yang tertentu, kebanyakan nyamuk Aedes Aegypti di dalam kawasan itu akan mengandungi Wolbachia dan tidak mempunyai virus denggi. Negara yang telah menjalankan kawalan rintis ini adalah seperti Indonesia, Singapura, Thailand, China, Brazil dan Australia. Kajian rintis di Malaysia telah dijalankan di 7 lokaliti Hotspot di Selangor dan menunjukkan kejayaan penurunan 50-80% kes di lokaliti tersebut. Kawalan biologi ini akan dikembangkan di lokaliti-lokaliti tumpuan lain terutama lokaliti Wabak Tak Terkawal dan Hotspot.
    ii) Satu Program Selangor Bebas Aedes di Tempat Kerja dan Kuarters akan dilaksanakan bermula tahun ini. Agensi yang terlibat adalah semua agensi kerajaan samada persekutuan mahupun kerajaan negeri termasuk Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan anak syarikat di bawah kerajaan negeri. Program ini merupakan pemerkasaan anggota kerajaan dalam pengwujudan kawasan bebas Aedes di tempat kerja dan kuarters kerajaan. Ia akan dilancarkan pada bulan April ini dengan beberapa siri pendedahan dan latihan yang diadakan oleh Kerajaan Negeri. Di antara aktiviti utama yang akan dilaksanakan adalah;
     Menjalankan alert kes dan wabak demam denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah kepada jabatan yang terlibat untuk tindakan kawalan dan pencegahan;
     Menjalankan Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes di tempat kerja secara berkala;
     Mewujudkan jaringan maklumat berkaitan situasi demam denggi di tempat kerja seperti melalui Whatsapp, Facebook dan lain-lain;
     Mewujudkan kumpulan sukarelawan denggi menggunakan konsep Corporate Social Responsibility (CSR) di kalangan warga tempat kerja bagi membantu lokaliti wabak dan hotspot; dan
     Menjalankan aktiviti penguatkuasaan di tempat kerja dan kuarters.
    iii) Pihak Jabatan Kesihatan Negeri juga telah melancarkan beberapa siri kempen iaitu yang sedang dilaksanakan adalah Kempen Selangor Gempur Aedes Siri 2/2019 selama 6 minggu bermula dari 25.02.19 sehingga 7.04.19 (tempoh 6 minggu) dengan penumpuan aktiviti kepada :
     Memperkukuhkan aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes secara berfokus di lokaliti sporadik terpilih;
     Memperkukuhkan One Stop Crisis Centre (OSCC) daerah bagi merancang dan menyelaras aktiviti kawalan denggi bersama agensi lain terutama pihak berkuasa tempatan bagi meningkat dan mengoptimakan semua sumber di daerah;
     Mengoptima anggota di Pejabat Kesihatan Daerah melibatkan aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes dan larvaciding terutama selepas waktu pejabat, cuti hujung minggu dan kelepasan am;
     Meneruskan aktiviti penguatkuasaan di tempat tumpuan awam yang berisiko kepada punca jangkitan Aedes; dan
     Menggalakkan semua lokaliti COMBI menjalankan aktiviti promosi kesihatan rumah ke rumah dan pemusnahan tempat pembiakan denggi pada setiap hujung minggu. Di samping itu juga menggalakkan mobilisasi ahli COMBI ke lokaliti Hotspot dan wabak tak terkawal.

Lampiran

Tiada Lampiran.