FASILITI SUKAN DAN REKREASI KHUSUS UNTUK GOLONGAN OKU
38) FASILITI SUKAN DAN REKREASI KHUSUS UNTUK GOLONGAN OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah terdapat sebarang fasiliti sukan ataupun tempat rekreasis khusus yang disediakan untuk golongan OKU di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil berat mengenai kemudahan sukan untuk semua golongan masyarakat termasuklah Orang Kelainan Upaya (OKU). Kerajaan Negeri juga sedia maklum mengenai keperluan kemudahan sukan untuk OKU bagi menjamin keselamatan dan keselesaan mereka.
Namun begitu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan setakat ini tiada menyediakan peruntukan khas untuk membangunkan kawasan sukan dan rekreasi yang khusus untuk golongan OKU. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Kerajaan Negeri berusaha untuk membangunkan kawasan sukan dan rekreasi yang inklusif untuk semua tanpa mengira golongan OKU ataupun tidak dalam usaha untuk menyediakan kemudahan-kemudahan sukan serta untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda yang tinggi, aktif dan sihat.
Di samping itu, Kerajaan Negeri turut telah memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memberikan kemudahan infrastruktur sukan yang sedia ada kepada golongan atlet oku untuk digunapakai bagi menjalani latihan persediaan untuk menyertai sebarang kejohanan yang dirancang.
