ISU SAMPAH YANG TIDAK MENDAPAT SERVIS PBT

57) ISU SAMPAH YANG TIDAK MENDAPAT SERVIS PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu sampah di kawasan kampung-kampung yang tidak mendapat servis kerajaan tempatan?

    Dalam usaha untuk menyelesaikan isu sampah di kawasan kampung-kampung, Kerajaan Negeri melalui PBT telah melantik kontraktor perkhidmatan kutipan sampah berjadual di kawasan kampung melalui syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) secara berperingkat. Selain itu, tong sampah (leach bin) akan diletakkan secara berpusat di lokasi yang sesuai dan boleh diakses oleh lori kompaktor. Setakat ini sebanyak 373 buah kampung di Negeri Selangor telah mendapat perkhidmatan kutipan sampah.
    MAKLUMAT TAMBAHAN
    BILANGAN KAMPUNG YANG MENERIMA PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH MENGIKUT PBT NEGERI SELANGOR
    BIL.
    PBT
    BILANGAN KAMPUNG
    PERKHIDMATAN KONTRAKTOR
    1.
    MDKS
    44 buah
    111 buah Kampung Kontraktor lantikan PBT sendiri
    2.
    MDKS
    35 buah
    3.
    MDKL
    32 buah
    4.
    MDSB
    79 buah
    262 buah kampung
    Kotraktor lantikan KDEBWM
    5.
    MPKj
    51 buah
    6.
    MDHS
    33 buah
    7.
    MPS
    31 buah
    8.
    MPK
    29 buah
    9.
    MPSp
    19 buah
    10.
    MPAJ
    14 buah
    11.
    MPSJ
    5 buah
    12.
    MBPJ
    1 buah
    JUMLAH KESELURUHAN
    373 buah
    *Sumber: PBT dan KDEBWM

Lampiran

Tiada Lampiran.