PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN OLEH PIHAK JKR, JPS DAN PBT
30) PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN OLEH PIHAK JKR, JPS DAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menangani isu ÒRed TapeÓ dalam agensi-agensi kerajaan di peringkat Negeri terutamanya JKR, JPS dan PBT yang melibatkan masalah sistem saliran dan perparitan?
Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Klang sentiasa bersama berbincang dan memberi maklumbalas atas sebarang kejadian banjir yang berlaku seterusnya merancang program-program bagi mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan yang terlibat. Di peringkat JKR Selangor, masalah ini telah dibangkitkan di dalam beberapa mesyuarat terdahulu. Masalah utama yang dihadapi adalah untuk mengenalpasti inventori longkang mengikut agensi masing-masing. Untuk itu, JKR Daerah Kuala Selangor telah dipilih sebagai Daerah Perintis untuk mengatasi masalah ini. Satu mesyuarat khas telah diadakan bersama agensi-agensi terlibat untuk membincangkan perkara tersebut. Hasil mesyuarat, semua agensi berkenaan diminta untuk mengemukakan inventori sistem dan perparitan masing-masing untuk diselaraskan terutama di lokasi yang sering mengalami masalah banjir.
