DANA USAHAWAN KAUM INDIA

21) DANA USAHAWAN KAUM INDIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah itu SITHAM?

    SITHAM merupakan singkatan atau akronim bagi Selangor Inthiyar Tholil Arvalar Maiyam yang membawa maksud Pusat Pembangunan Usahawan India Selangor (PPUIS).

    SITHAM juga membawa maksud Sifat Keazaman (Determination / Will) yang kukuh dalam diri Usahawan.

    SITHAM merupakan penjenamaan semula bagi PPUIS dan masih mengekalkan fungsi serta halatuju yang sama seperti PPUIS iaitu sebagai One Stop Center.

    Objektif penubuhan SITHAM ini adalah seperti berikut :

    1. i) Menaiktaraf kehidupan ekonomi menerusi janaan pendapatan melalui kemahiran sendiri;
    2. ii) Melahirkan usahawan India yang berpengetahuan sifar kepada usahawan mikro; dan

    iii)  Medium kepada masyarakat India yang berpotensi untuk meningkatkan daya saing melalui latihan keusahawan dan latihan kemahiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.