PROGRAM 3W (WOMEN, WELFARE, WELLNESS)

40) PROGRAM 3W (WOMEN, WELFARE, WELLNESS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan Karnival 3W yang telah dianjurkan pada tahun 2019 dan apakah jumlah perbelanjaan untuk setiap Karnival 3W?

    Sehingga kini, sebanyak sembilan (9) Karnival 3W telah dianjurkan melibatkan sembilan (9) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Baki tiga (3) penganjuran lagi akan diadakan pada bulan November dan Disember 2019 yang akan dianjurkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Daerah Hulu Selangor. Kos penganjuran bagi setiap Karnival 3W adalah berjumlah RM100,000.00 dan kos keseluruhan bagi penganjuran dua belas (12) Karnival 3W adalah berjumlah RM1.2 juta. Kos penganjuran ini adalah melibatkan kos logistik, media, promosi, hadiah dan sebagainya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.