PRODUKTIVITI PERTANIAN
52) PRODUKTIVITI PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan peningkatan produktiviti dan hasil pertanian serta pendapatan para petani dan pekebun kecil?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian sentiasa membantu dari segi keperluan input, peralatan dan khidmat nasihat kepada golongan petani bagi meningkatkan pendapatan mereka. Pelbagai program dilaksanakan termasuk pembangunan industri padi, kelapa, sayur, buah, cendawan, herba, madu dan tanaman hiasan. Kerajaan Negeri turut mengenalpasti produk pertanian yang memberi pulangan tinggi seperti tanaman roselle, lemon myrtle, nanas MD2, halia Bentong dan melon bernilai tinggi.
