MASALAH BANJIR

7) MASALAH BANJIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tiap kali hujan lebat di kawasan Ijok, banyak kawasan perkampungan di landa banjir kilat. Apakah perancangan dari pihak Kerajaan Negeri (JPS & JKR) untuk mengatasi masalah ini?

    Perancangan jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan Ijok ialah denganmemasang pam bergerak bagi mengeluarkan air banjir dari kawasan sekitar Ijok untuk disalirkan keluar ke Sungai Buloh.

    Manakala perancangan jangka panjang adalah seperti berikut :

    1. Pelaksanaan projek menaiktaraf Pintu Kawalan Pasang Surut Sungai Buloh Comprtmnet D sedang dibina baru di Kampung Ijok dan dijangka siap pada 18 Julai 2019 dengan kos sebanyak RM 1,994,600.
    2. Pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Jajaran Sungai Buloh di mana pada masa kini sedang dalam proses untuk ditender semula dengan anggaran kos sebanyak RM50 juta. Skop kerja yang terlibat adalah seperti berikut:
    • Kajian dan cadangan membina kemudahan rumah pam yang bersesuaian dengan kapasiti air dan keluasan kawasan
    • Mendalam dan melebarkan Sungai
    • Menaiktaraf struktur benteng (ban) dan tebing Sungai

    JPS Daerah Kuala Selangor juga telah membuat perancangan kerja setiap tahun untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan parit di kawasan Ijok. Senarai parit bagi kerja-kerja pembersihan yang telah siap, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan mengikut perancangan kerja tahunan Jabatan adalah seperti jadual di Lampiran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.