DASAR PENGURUSAN KAMPUNG TRADISI
39) DASAR PENGURUSAN KAMPUNG TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah garis panduan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)?
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 telah bersetuju bahawa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan dijenamakan semula dengan nama baharu iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Selaras dengan keputusan tersebut, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 19 September 2018 telah bersetuju untuk menggunapakai nama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta – merta.
Pada ketika ini MPKK masih menggunapakai garis panduan sedia ada daripada Kerajaan Negeri Selangor, iaitu Manual Panduan Kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Selangor Darul Ehsan tahun 2001 dan keputusan – keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang masih berkuatkuasa.
Dalam pada itu, MMKN yang bersidang pada 19 Septermber 2018 bersetuju supaya kajian dan penelitian semula terhadap garis panduan sedia ada perlu dilakukan dan kini ianya berada di peringkat akhir untuk memuktamadkanya. Pihak Kerajaan Negeri juga akan menyelaras garis panduan tersebut supaya ianya selari dengan tatacara / panduan yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Kuasa dan urusan pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kekal di bawah Kerajaan Negeri manakala dasar dan tatacara pengurusan MPKK dikawalselia oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
