WIFI SELANGORKU

62) WIFI SELANGORKU

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berpuashati dengan prestasi perkhidmatan WIFI Selangorku?

    Prestasi perkhidmatan WiFi Smart Selangor (WiFiSS) sentiasa dalam pemantauan dan usaha untuk mempertingkatkan kelajuan serta liputan WiFiSS sentiasa dijalankan bersama pihak pembekal. Secara keseluruhannya, prestasi perkhidmatan WiFi Smart Selangor (WiFiSS) adalah memuaskan di mana jaminan tahap perkhidmatan (SLA) adalah dalam lingkungan 95% iaitu berada dalam julat yang telah dipersetujui. Pengguna berdaftar telah bertambah kepada 1,143,855 orang dalam tempoh tiga tahun sejak WiFiSS mula beroperasi iaitu pada bulan September 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.