PEMBANGUNAN PROJEK PENERAJU BANDAR PINTAR
230) PEMBANGUNAN PROJEK PENERAJU BANDAR PINTAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membangunkan projek peneraju (pilot project) baharu yang dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana berlandaskan aplikasi pintar?
Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan beberapa projek peneraju yang berlandaskan aplikasi pintar bagi tahun 2017-2018 seperti Selangor Intelligent Transport System (SITS), Community Opinion Online (COOL), Smart Selangor Parking (SSP) dan e-Wallet. Fokus utama pihak kerajaan pada masa ini adalah untuk meluaskan penggunaan aplikasi pintar yang telah dilancarkan di kalangan rakyat dan menambah baik fungsi aplikasi tersebut.
Pada masa yang sama pihak Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sedang membina ekosistem pembangunan aplikasi pintar yang bakal membolehkan usahawan-usahawan, syarikat start up ataupun orang awam utnuk membina aplikasi pintar bagi kemudahan rakyat di Negeri Selangor. Pihak SSDU menjangkakan akan terdapat lebih banyak aplikasi pintar yang bakal dibangunkan oleh pihak-pihak berkenaan pada masa akan datang menerusi ekosistem tersebut. Kaedah pembangunan aplikasi pintar menerusi ekosistem ini bakal membolehkan pembangunan aplikasi yang lebih relevan dan lestari bagi Negeri Selangor.