PELABURAN DI LUAR NEGARA

2) PELABURAN DI LUAR NEGARA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan dengan detail berapakah pelaburan yang dibuat oleh KNS melalui anak syarikat di luar Negara sejak 5 tahun yang lalu?

    Pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikat di luar Negara sejak 5 tahun yang lalu seperti berikut;-

    Bil. Syarikat Projek Pelaburan
    1. Worldwide                                Holdings Berhad Syarikat Worldwide Holdings Berhad membuat pelaburan dalam pembangunan hartanah di Australia dengan nilai pelaburan berjumlah AUD17.923 juta (RM

    54.35 juta) sejak tahun 2012.

    2. Kumpulan                          Perangsang Selangor Berhad Pada Mei 2016, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (‘Perangsang Selangor”) telah berjaya membeli 60% ekuiti di dalam Kaiserkorp Corporation Sdn Bhd (“Kaiserkorp”) dengan pelaburan bernilai RM116.7 juta. Kaiserkorp merupakan pemegang saham tunggal perlesenan jenama tilam King Koil yang beroperasi di Illinois, Amerika Syarikat dimana ia mempunyai 27 pemegang lesen untuk mengilang dan memasarkan tilam King

    Koil ke serata dunia.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.