MASALAH JALAN BENDANG SEKINCHAN
5) MASALAH JALAN BENDANG SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan kenapa kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf jalan-jalan bendang yang berlubang dan rosak lambat dilakukan?
Untuk makluman, jalan-jalan ladang di kawasan sawah Sekinchan dinaiktaraf dan diselenggara oleh Projek Barat Laut (IADA). Kerjasama ini telah dibincangkan dan dipersetujui bersama semasa di dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek Infrastruktur antara JPS Daerah Kuala Selangor dan JPS Daerah Sabak Bernam dengan Projek Barat Laut (IADA) pada Januari 2015 dan keputusan tersebut berkuatkuasa sehingga kini. Manakala bagi jalan-jalan yang didaftarkan di bawah MARRIS, khususnya yang menghubungkan aset-aset JPS kerja pembaikan akan dibuat dengan menggunkan peruntukan MARRIS.
