SKIM PEDULI SIHAT

25) SKIM PEDULI SIHAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur kelulusan permohonan Skim Peduli Sihat?

    Prosedur kelulusan permohonan Skim Peduli Sihat adalah seperti berikut :

    Pemohon mendaftar secara atas talian atau di Pejabat Ahli Dewan Negeri/ Penyelaras Negeri. Pemohon harus menepati kriteria berikut:

    i.Warganegara Malaysia;

    ii.Lahir di Selangor atau tinggal di Selangor melebihi 10 tahun;

    iii. Pendapatan isirumah di bawah RM 3,000 sebulan (Kategori Keluarga) atau di bawah RM 1,500 sebulan (Kategori Individu).

    Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras Dewan Negeri akan mengesahkan permohonan tersebut.

    Maklumat permohon yang disahkan tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem dan Kad Peduli Sihat akan dicetak.

    Kad Peduli Sihat akan diedarkan kepada pemohon oleh Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras Dewan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.