ISU PEMBINAAN PERPUSTAKAAN AWAM DI DAERAH SEPANG
33) ISU PEMBINAAN PERPUSTAKAAN AWAM DI DAERAH SEPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setakat ini apakah status projek pembinaan perpustakaan awam di Daerah Sepang?
Status projek pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang memerlukan semakan semula disebabkan 4 lot kedai berkeluasan 25,696 kaki persegi yang dicadangkan tidak bersesuaian sebagaimana Laporan Teknikal JKR ketika lawatan tapak pada 9 September 2016. Di antara isu yang dibangkitkan ialah:
- Bebanan dan rekabentuk tidak bersesuaian untuk tujuan perpustakaan
- Tiada ruang untuk sub station TNB dan memerlukan kerja pecah bagi pemasangan kabel elektrik, ICT dan telefon
- Ketiadaan ruang yang bersesuian bagi keperluan bomba seperti hose reel dan pam air
- Aras siling yang terhad menyebabkan pencahayaan lampu yang kurang optimum dan kipas siling tidak boleh dipasang.
Oleh itu, Perpustakaan dipinta untuk membentangkan di dalam MTES cadangan Perpustakaan Daerah Sepang dengan mencari lot yang bersesuaian atau pembinaan bangunan baru di atas tanah berkeluasan 7 ekar PT:4136, H.S.(D):
42193 Mukim Dengkel sebagaimana yang telah diperuntukkan.
