PUSAT PERJUDIAN
39) PUSAT PERJUDIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di dapati beberapa pusat hiburan "Keluarga" telah menjalankan aktiviti dilarang seperti perjudian haram. Siapakah yang sepatutnya memantau pusat2 yang melakukan kesalahan tersebut?
Sekiranya aktiviti yang dijalankan berunsurkan perjudian haram, maka ia tertakluk di bawah bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan agensi yang bertanggungjawab bagi memantau operasi pencegahan. Akta Kerajaan Tempatan1976 (Akta 171) Seksyen 110 menjelaskan kuasa PBT untuk memasuki premis yang mana seseorang pegawai sesuatu PBT yang diberikuasa secara bertulis dengan sewajarnya boleh pada setiap masa yang munasabah, memasuki mana-mana premis dalam kawasan PBT bagi maksud menjalankan apa-apa kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau menjalankan kerja,yang diberi kepada sesuatu PBT.
