ISU YANG BELUM DISELESAIKAN
43) ISU YANG BELUM DISELESAIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan usaha-usaha yang diambil oleh pihak COB dalam mengatasi masalah JMB/MC yang tidak efisien, seperti tidak membuat mesyuarat agung dan menghantar penyata kewangan?
Seksyen 21 dan 59 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) memperuntukkan kuasa dan tanggungjawab JMB/ MC untuk menyenggara dan mengurus bangunan atau tanah yang dipecah bahagi. Peruntukan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa dinyatakan dalam perenggan 10 dan 11 Jadual Kedua Akta 757, namun kesalahan kerana kegagalan mengadakan mesyuarat agung tidak dinyatakan dengan jelas di dalam Akta melainkan diperuntukkan apa-apa mesyuarat agung tahunan yang diadakan di luar masa dengan melanggar perenggan ini tidak menjejaskan kesahan mesyuarat agung tahunan itu. Manakala seksyen 26 dan seksyen 62 Akta 757 memperuntukkan kegagalan menghantar laporan kewangan beraudit adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk mengatasi permasalahan yang timbul daripada kegagalan JMB/ MC bagi dua isu di atas, pihak Pesuruhjaya Bangunan PBT mengambil tindakan inisiatif seperti berikut:
- Mengeluarkan notis peringatan
- .Mengeluarkan notis peringatan
- Membuat perbincangan untuk mengetahui punca-punca permasalahan yang timbul dan menyediakan pelan penyelesaian
- Melantik seseorang untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung luar biasa
