KADAR PERCERAIAN

58) KADAR PERCERAIAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kadar perceraian agak tinggi di Selangor. Terangkan kenapa

    Jawapan ini adalah khusus untuk kes perceraian di kalangan orang Islam sahaja.

     

    Kadar perceraian di Negeri Selangor adalah hampir sama dengan negerinegeri lain di Malaysia. Berdasarkan rekod Jabatan Agama Islam Selangor, kadar perceraian yang didaftarkan di Negeri Selangor bagi tahun 2016 adalah sekitar 38% sahaja berbanding dengan pendaftaran perkahwinan pada tahun yang sama.

     

    Dari sudut angka, jumlah kes permohonan pembubaran perkahwinan di Negeri Selangor lebih banyak  berbanding negeri lain kerana jumlah masyarakat Islamnya lebih tinggi berbanding negeri lain. Berdasarkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), pasangan yang memohon untuk bercerai di Negeri Selangor juga terdiri di kalangan mereka yang berkahwin di negeri lain seperti  di Pahang, Kedah, Kelantan dan sebagainya, tetapi mohon bercerai di Selangor kerana telah menetap di Selangor.

    Berdasarkan kajian pihak JAKESS, antara faktor perceraian adalah seperti berikut:

    Terjerumus dengan maksiat seperti judi,

    minum arak dan pelacuran

    Sifat cemburu berlebihan

    Keengganan berpoligami

    Keganasan rumah tangga

    Masalah hubungan seksual

Lampiran

Tiada Lampiran.