Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
147) KEROSAKAN JALANRAYA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jalanraya dari Ijok ke Bestari Jaya baru dirasmikan tetapi keadaan jalan tidak memuaskan, kerosakan sangat ketara setelah diturap masih perlu dibaiki.
Jalan B35 menghubungkan Ijok ke Bestari Jaya siap dibina pada tahun 2015. Jalan tersebut dilebarkan dari satu lorong – dua hala kepada dua lorong – dua hala. Jalan tersebut terletak di kawasan tanah lembut yang memerlukan kaedah pengukuhan tanah bagi mengelakkan pemendapan jalan. Pengukuhan tanah hanya direkabentuk bagi kawasan lorong yang dilebarkan sahaja. Terkini, kerosakan yang berlaku akibat pemendapan tanah adalah di kawasan lorong jalan asal yang mana kerja-kerja pembaikan sedang giat