ANCAMAN DENGGI DI SELANGOR
24) ANCAMAN DENGGI DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Menurut Laporan pihak Kementerian Malaysia, kebanyakkan peratusan aedes positif dijumpai di tempat tidak terurus/ terbiar seperti tanah/ lot kosong, rumah terbengkalai dan sebagainya. Adakah Kerajaan Negeri boleh memperuntukkan dana khas bagi pembersihan tempat tidak terurus/ terbiar seperti berikut?
Bagi menyelesaikan masalah tempat tidak terurus, tempat terbiar seperti tanah atau lot kosong dan rumah terbengkalai yang berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM350,000.00 yang diletakkan di bawah pengurusan Pegawai Daerah. Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Mesyuarat Tindakan Denggi bertanggungjawab untuk mengarahkan tindakan pembersihan bagi kawasan tersebut secara serta merta berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukan.
Di samping itu, Kerajaan Negeri telah mengkhususkan sebanyak RM10,000 daripada peruntukan Khidmat Masyarakat DUN digunakan bagi melaksanakan program gotong-royong untuk turut membantu aktiviti pencegahan denggi.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.248 juta peruntukan kepada Ahli Majlis melalui PBT bagi bersama-sama melaksanakan aktiviti pencegahan di kawasan masing-masing dengan melibatkan masyarakat setempat.
Pencegahan denggi tidak hanya bergantung kepada dana daripada Kerajaan Negeri untuk pembersihan aset-aset hakmilik persendirian kerana ianya adalah tanggungjawab pemilik. Pihak PBT perlu mengambil langkah penguatkuasaan terhadap pemilik yang tidak menjaga aset mereka.
