Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
122) LIPUTAN UNIFI DI DUN MERU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan Internet kelajuan tinggi UNIFI yang lebih meluas di DUN Meru yang kini masih lagi rendah dan terhad liputannya?
Usaha untuk meningkatkan liputan dan kelajuan internet WiFi Smart Selangor (WiFiSS) di DUN Meru serta di kawasan luar bandar akan terus dilaksanakan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada tempat-tempat tumpuan orang ramai yang berpendapatan rendah. Walaubagaimanapun, ia masih tertakluk kepada ketersediaan infrastruktur jaringan teras (Core Network Infrastructure) pihak pembekal ke kawasan sasaran tersebut.
Pihak Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan pihak pembekal untuk meningkatkan prestasi hotspot WiFiSS yang sedia ada dan memperluaskan liputan WiFi dengan pemasangan hotspot WiFiSS yang baharu di kawasan-kawasan yang disasarkan.