PENYAKIT T.B
15) PENYAKIT T.B
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kes TB semakin meningkat di Selangor. Apakah usaha KNS tentang perkara ini?
Langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan untuk mengawal dan mencegah peningkatan kes TB ialah:
- Mengesan awal kes melalui aktiviti saringan penyakit TB yang diadakan di semua klinik kesihatan kepada pesakit yang datang terutama dikalangan pesakit kronik seperti Diabetis, asthma, pesakit buah pinggang dan lain- lain
- Memberi rawatan segera dan memastikan pesakit mengambil rawatan melalui sistem “DOT”.
- Menjalani saringan penyakit TB kepada “contact” pesakit TB
- “Case detection” antara lain melalui aktiviti active case finding melalui saringan di kalangan kumpulan berisiko tinggi TB di institusi seperti warga emas di pusat jagaan, penjara, pusat serenti dan lain-lain.
- Melaksanakan audit kematian kes TB untuk mengenalpasti “shortfall” untuk kes kematian TB. Semua isu yang dibincangkan akan dilaksanakan penambahbaikan supaya kematian TB dapat
