Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Seksyen

7

Tajuk

Kesalahari Menghantar Atau Menyerahkan Terbitan­-Terbitan Mengenai Apa-Apa Ugama Bukan Islam Kepada Orang Berugama Islam.
7

Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia—

(a) dari  dalam Negeri menghantar atau menyerahkan atau menyebabkan   dihantar atau diserahkan kepada seorang berugama Islam di dalam atau di luar Negeri atau ;

(b) dari luar Negeri menghantar atau menyebabkan      dihantar atau diserahkan kepada seorang berugama   Islam di dalam Negeri,

apa-apa terbitan atau bahan iklan mengenai apa-apa ugama bukan Islam yang tidak diminta oleh penerima itu.

 

7 [2]

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila dis.abitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua­-duanya sekali.

7 [3]

Bagi maksud seksyen kecil (1), sesuatu terbitan yang dihantar kepada atau diserahkan di alamat seseorang hendaklah dianggap sebagai dihantar atau diserahkan kepada orang itu.

7 [4]

Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang yang kepadanya terbitan yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan telah membuat permintaan bagi mendapatkannya jika permintaan itu telah didorong oleh orang yang dituduh itu atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang dituduh itu.

7

Seksyen kecil (1) tidak terpakai bagi mana-mana pegawai atau pekerja Jabatan Pos yang menghantar atau menyerahkan apa-apa terbitan di dalam menjalankan tugas-tugas rasminya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.