Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Selangor Tahun 2018 Dibentang Di Dewan Negeri Selangor

Shah Alam, 17 Mac: Dewan Negeri Selangor telah membentangkan Laporan Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Selangor Tahun 2018  serta Laporan Ketua Audit Negara Tahun Bagi Pengurusan Aktiviti Jabatan / Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2018 Siri 2.

Kedua-dua laporan tersebut dibentangkan pada hari kedua Persidangan Pembukaan Dewan Negeri Selangor yang berlangsung 17 Mac 2020 menerusi pembentangan kertas-kertas Mesyuarat oleh Setiausaha Dewan Negeri Selangor.

Selain itu, turut dibentangkan adalah Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi Tahun Berakhir 31 Disember Tahun 2018.

Siri 1 bagi Laporan Ketua Audit Negara Tahun Bagi Pengurusan Aktiviti Jabatan / Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2018 telah dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang berlangsung pada 1 November 2019.

Jabatan, agensi dan orang ramai diberi kebenaran untuk mengakses dokumen Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Selangor Tahun 2018 selepas dibentangkan di Dewan Negeri menerusi pautan berikut:

 

Semakan di Laman Web Jabatan Audit Negara Malaysia mendapati Laporan Ketua Audit Negara Negeri Selangor Tahun 2018 berstatus telah dibentangkan.