Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

44) 1 DUN 1 KOMPLEKS SUKAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah kerajaan akan mencapai tahap di mana semua DUN mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 kompleks sukan?

    Buat masa ini kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menyediakan 1 kompleks sukan di setiap DUN memandangkan kos pembinaan dan penyelenggaraan sesebuah kompleks sukan melibatkan kos yang tinggi. Walau bagaimanapun pada masa ini di setiap daerah telah mempunyai kompleks sukan yang dikawal selia oleh Pihak berkuasa Tempatan (PBT) untuk kegunaan orang ramai dan komuniti di kawasan-kawasan tersebut. Melalui itu juga dapat dilihat perkara ini juga penggunaan kompleks-kompleks sukan tersebut tidak digunakan secara menyeluruh oleh pihak yang terlibat dan ianya hanya digunakan secara bermusim sekiranya ada program-program besar yang melibatkan komuniti di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.