Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

253) ADAT DAN SENI WARISAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah seni warisan yang ada dan boleh dijadikan sebagai identiti Negeri Selangor?

    Merujuk Akta Warisan Kebangsaan 2005, seni warisan termasuk dalam kategori “warisan tidak ketara”. Ia terdiri daripada seni persembahan, seni muzik, adat dan budaya, permainan tradisional, makanan warisan, seni halus dan busana tradisi. Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015), PADAT telah melaksanakan penyelidikan dan mengadakan “Konvensyen Identiti Negeri Selangor” bagi mengenalpasti seni warisan yang boleh dijadikan identiti Negeri Selangor. Antara seni warisan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:-

     

    1.    SENI PERSEMBAHAN

     

    • Tarian Piring Selangor
    • Cempuling

     

    2.    PERMAINAN TRADISI

     

    • Wau Kapal Selangor

     

    3.    SENI HALUS

     

    • Telepuk (Kain Samping)
    • Kelingkan (Selendang/Selempang)

     

    4.    BUSANA

     

    • Kebaya Selangor

     

    5.    MAKANAN

     

    1. Masakan

     

    • Nasi Ambeng

     

    1. Kuih Muih

     

    • Kuih Kacau

Lampiran

Tiada Lampiran.