Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

152) ADAT MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program-program di bawah Jawatankuasa Tetap Adat Melayu tahun 2014?

    Melaksanakan beberapa program berkaitan adat dan warisan bagi memastikan ianya terus menjadi teras dalam pembangunan ihsan di Negeri Selangor. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) adalah jabatan yang di beri tanggungjawab sebagai agensi penyelaran segala program Jawatankuasa tetapAdat Melayu. Antara program bagi tahun 2014 ialah :

     

    1. Temasya Seni Silat,Senjata dan Warisan Negeri Selangor telah berlasung pada 1 dan 2 Mac 2014 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Temasya ini telah menghimpunkan seramai 500 peserta dari 30 pertubuhan seni silat seluruh Selangor dan sebanyak lebih 300 bilah senjata melayu yang di pertandingkan. Temasya ini telah mendapat kerjasama dari Pertubuhan Sesi Silat Kebangsaan Negeri Selangor (PESAKA) dan Persatuan Seni Purba Nusantara (PURBA).

     

    Temasya yang pertama kali di adakan telah Berjaya mengimpunkan pelbagai pertubuhan silat seluruh Selangor dan peserta pentandingan senjata warisan dari seluruh Malaysia.

     

    1. PADAT sebagai jabatan yang betanggungjawab di bawah Jawatankuasa Adat Melayu sedang melaksanakan pemantapan identiti Negeri Selangor selarah dari Konvensyen Idenditi Negeri Selangor pada bulan Oktober 2011. Indentiti yang di peringkat akhir untuk di laksanakan setelah beberapa sessi percambahan fikiran dan persidangan meja bulat bersama pakar-pakar yang di lantik ialah

     

    1. Kebaya Selangor
    2. Kelingkan
    3. Telepok

     

    1. Cempuling
    2. Nasi Ambeng
    3. Wau Kapal dan
    4. motif bunga tanjung

     

    • Dalam bulan September akan di adakan sambutan Jubli Perak Muzium Sultan Alam Shah. Antara program yang akan di laksanakan dengan menghimpunkan para budayawan, sejarahwan, sasterawan dan aktivis budaya bagi bersama menjayakan sambutan

     

    1. Semasa sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2014 di Shah Alam pada 14 – 18 Mei, pihak PADAT telah menonjolkan aktiviti-aktiviti bersifat kesenian dan warisan seperti pertandingan nasi ambeng, persembahan cempuling, pertandingan sireh junjung dan jamuan makan makan tradisi

     

    1. Pada bulan November pada tahun ini satu Temasya Seni Muzik cempuling akan di adakan di Shah Alam. Temasya ini akan menghimpunkan kesemua kumpulan cempuling yang terdapat di negeri Selangor dan akan memainkan muzium cempuling selama 24

Lampiran

Tiada Lampiran.