Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

86) ADAT RESAM & KEBUDAYAAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selangor terbahagi kepada sembilan daerah dan diterajui oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor. Apakah sokongan kerajaan negeri kepada badan ini di dalam memulihara kebajikan dan pencapaiannya dalam memperkayakan identiti budaya, kaum majoriti rakyat negeri Selangor.

    1. Di peringkat negeri Majlis Kebudayaan Negeri secara rasmi didaftar dan  ditubuhkan pada tahun 1983 dengan matlamat untuk membantu Kerajaan Negeri mengenai  hal ehwal seni budaya dan dianggotai 20 ahli gabungan terdiri daripada Majlis Kebudayaan Daerah (9) dan gabungan lain(11).

     

    Sokongan Kerajaan Negeri dalam program kebajikan dan mengkhusus kepada penggiat seni budaya tetapi ia disalurukan melalui skim-skim yang dianjurkan oleh  Kerajaan  Negeri seperti MUE, TAWAS dan dalam perancangan untuk menobatkan penggiat seni budaya sebagai tokoh budayawan negeri. Dan

     

    1. Kerajaan Negeri sentiasa membantu dengan memberikan peruntukan bagi belanja mengurus dan mentadbir setiap

     

    1. Selain daripada itu, Majlis diberi peluang oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk menjayakan beberapa program yang melibatkan seni budaya negeri yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Daerah-daerah.

     

    1. Majlis juga merupakan Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri

     

    1. Pendekatan pelaksanaan program berkonsepkan ‘edutainment’ dipraktikkan bagi mencapai dan mengidentitikan seni budaya berasaskan kaum-kaum di negeri Selangor. Justeru itu, pelaksanaan program-program seperti Festival Jalanan Daerah dan Pertandingan Kompang Formasi (Melayu). Rancangan tahun ini  lebih banyak identiti kaum-kaum lain yang akan dianjurkan atau dipertandingkan seperti Tarian Naga (cina) dan Tarian Klasik (India).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.