Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

109) ADNS PELABUHAN KLANG DIISYTIHARKAN KOSONG AKIBAT KETIDAKHADIRAN ADNSNYA KE SIDANG DEWAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peruntukan perlembagaan yang mewajarkan kerusi ahli DNS diisytiharkan kosong?

    1. Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah peruntukan yang berkaitan. Ianya memperuntukkan seperti berikut :-

     

    Ketidakhadiran seseorang ahli

    LXIX.               Jika seseorang ahli Dewan Negeri tidak hadir  tanpa  kebenaran Speaker pada tiap-tiap persidangan Dewan selama tempoh 6 bulan, kerusinya hendaklah diisytiharkan kosong oleh Speaker.

Lampiran

Tiada Lampiran.