Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

144) ADUAN-ADUAN PBT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Aduan-aduan yang paling ketara diterima oleh semua PBT adalah aduan yang mengenai sampah, lampu jalan dan longkang tersumbat. Mengapakah masalah-masalah sebegini tidak dapat diselesaikan?

    Sememangnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor menerima aduan yang tinggi berhubung sampah, lampu jalan dan longkang tersumbat. Walau bagaimanapun, terdapat aduan-aduan tersebut tidak dapat diselesaikan kerana faktorfaktor berikut:

     

    • Masalah peruntukan yang terhad
    • Kontraktor tidak menjalankan tugas mengikut jadual
    • Sikap penduduk yang tidak memberi kerjasama
    • Masalah sempadan kawasan

     

    Akan tetapi, masalah-masalah tersebut  sebenarnya dapat dicegah lebih awal sekiranya semua pihak yang terlibat mengambil sikap yang lebih proaktif dan bertanggungjawab sebagai contoh penduduk sentiasa bekerjasama dalam menjaga kebersihan. Manakala PBT menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Lampiran

Tiada Lampiran.