Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

127) ADUAN JALAN BERLUBANG MELALUI APLIKASI WAZE

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan berkenaan jalan berlubang yang diterima melalui aplikasi Waze?

    Semenjak Ogos 2017 sehingga Jun 2020, secara keseluruhan 104,888 pelaporan jalan berlubang di Selangor telah diterima menerusi aplikasi Waze. Berikut adalah pecahan pelaporan tersebut:

    • Pelaporan yang telah disahkan dan dalam tindakan sebanyak 23,207 (22.13%)
    • Pelaporan yang telah diselesaikan sebanyak 72,908 (69.51%)
    • Pelaporan baharu diterima tetapi belum disahkan sebanyak 8,773 (8.36%)

Lampiran

Tiada Lampiran.