Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

20) Aduan Jalan Rosak Menggunakan Aplikasi Waze

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Daripada jumlah aduan berkenaan jalan berlubang yang diterima melalui aplikasi Waze dari Januari 2019 sehingga September 2020, berapakah terdiri daripada jalan PBT, jalan negeri dan jalan Persekutuan?

    Jumlah aduan berkenaan jalan berlubang yang diterima menerusi aplikasi Waze bagi tempoh Januari 2019 sehingga September 2020 adalah sebanyak 52,295.

    Pecahan aduan jalan berlubang mengikut jalan PBT, jalan negeri dan jalan Persekutuan adalah seperti berikut;

    • Jumlah aduan untuk jalan PBT adalah sebanyak 37,130.
    • Untuk jalan negeri di bawah selenggaraan PDT dan JKR masing-masing adalah sebanyak 393 dan 4, 553.
    • Untuk jalan Persekutuan di bawah selenggaraan JKR  adalah sebanyak 10,219.

     

    Jumlah aduan tertinggi adalah sebanyak 37,130 bagi jalan PBT manakala yang terendah adalah sebanyak 393 bagi jalan selenggaraan Pejabat Daerah dan Tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.