Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

37) ADUAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?

    Berikut merupakan inisiatif yang telah diambil oleh Majlis Perbandaran Klang bagi mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang:-

    Memperuntukkan sebanyak RM 5,000.00 kepada setiap Ahli Majlis kawasan bagi tujuan progam “Gempur Aedes” di kawasan masing-masing.

    Mengadakan OPS Bersepadu PBT Selangor bagi tujuan membantu dalam kawalan dan pencegahan demam denggi di Daerah Klang.

    Memperkasakan COMBI dalam komuniti untuk menjalankan promosi kesihatan dari rumah ke rumah dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes melalui Ahli Majlis kawasan.

    Mewujudkan OSCC (One Stop Crisis Centre) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam bagi tujuan menganalisa, merancang dan menyelaraskan kes demam denggi bagi menjalankan aktiviti kawalan yang berkesan.

Lampiran

Tiada Lampiran.