Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

70) ADUAN OPERASI KILANG HARAM DI KAWASAN PERUMAHAN KG DESA AMAN DAN DIATAS TANAH KERAJAAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kilang haram yang beroperasi di kawasan perumahan?

    Pada dasarnya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengezonkan setiap kawasan mengikut kesesuaian dan lokasi sesebuah kilang. Sebelum pengezonan sesebuah kawasan tersebut, PBT akan menjalankan kajian dan hasilnya akan dibentangkan kepada pihak umum untuk mendapatkan ulasan. Melalui Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK), kilang-kilang yang berada di dalam zon perumahan telah diberi nasihat dan tempoh yang bersesuaian agar memindahkan operasi di dalam kawasan zon perindustrian yang telah ditetapkan.

     

    Walau bagaimanapun, ada juga kilang-kilang haram yang dibenarkan untuk beroperasi di dalam zon perumahan, dengan syarat ianya telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Tetap Penyelesaian Kilang Haram Negeri Selangor. Jawatankuasa tersebut telah diberi tanggungjawab untuk mempertimbangkan permohonan meminda dan tukar syarat nyata tanah bagi kawasan di luar zon perindustrian.

     

    Kerajaan Negeri juga telah melantik Urban and Regional Planning, Kulliyah of Architecture and Environmental Design (KAED), International Islamic Univercity Malaysia (UIAM) bagi melaksanakan kajian ke atas kilang-kilang haram di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.