Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

199) PRESTASI AGEN PENGURUSAN YANG DILANTIK OLEH COB

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah agen pengurusan yang dilantik oleh COB MBPJ akan mengganti semua tong sampah yang sudah pecah di flat PKNS di Seksyen 17 Petaling Jaya?

    Untuk makluman tuan, pihak Anzal Property Sdn. Bhd. telahpun menyediakan tong sampah di setiap blok di flat PKNS Seksyen 17 sebanyak 30 unit tetapi kebanyakkan tong sampah yang disediakan telah pecah dan hilang. Oleh yang demikian, untuk menggantikan tong sampah yang baru, pihak Anzal Property Sdn. Bhd. tidak mempunyai dana yang mencukupi disebabkan kebanyakkan pemilik petak tidak membayar caj penyelenggaraan. Walau bagaimanapun pentadbiran ini telah mengarahkan pihak ejen supaya menggantikan tong sampah yang rosak / hilang secara berperingkat bermula hujung bulan Oktober 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.