Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

199) ADUAN SALAHGUNA TANAH DAN JUMLAH TINDAKAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan salah guna tanah yang telah pejabat-pejabat tanah terima dan berapa pula dari jumlah itu sudah diambil tindakan rampasan?

    1. Jumlah aduan yang diterima mulai 2017 sehingga kini berkaitan salahguna tanah di semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di seluruh Negeri Selangor adalah berjumlah 176 aduan manakala aduan yang telah berjaya diselesaikan adalah sejumlah 66 aduan.

     

    Kesemua aduan yang masih dalam tindakan telah diambil tindakan pengenaan Notis 7A dan Notis 7B oleh setiap PDT. Terdapat pemilik tanah yang telah memulihkan tanahnya sendiri namun setelah suatu tempoh waktu, mereka kembali melanggar syarat tanah tersebut semula. Justeru itu, data aduan yang telah diambil tindakan seperti di Lampiran adalah merupakan tindakan yang masih berlangsung dan sedang dijalankan oleh setiap PDT seperti contoh permohonan tukar syarat yang melibatkan proses public hearing dan ulasan-ulasan teknikal daripada agensi teknikal yang berkaitan.

     

    Manakala, bagi aduan yang telah diselesaikan bermaksud bahawa tanah tersebut telah diremedikan sendiri oleh pemilik tanah dan setelah pemantauan berkala dijalankan, didapati bahawa pemilik tanah tidak menjalankan lagi aktiviti yang melanggar syarat nyata tanah tersebut.

     

    Pecahan aduan mengikut setiap PDT di seluruh Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran A.

     

     

     

     

     

    Lampiran A

    BIL. DAERAH ADUAN YANG DITERIMA DALAM TINDAKAN ADUAN YANG TELAH DISELESAIKAN
    1 KLANG 52 16 36
    2 SABAK BERNAM 5 5
    3 KUALA SELANGOR 11 11
    4 PETALING 20 20
    5 KUALA LANGAT 10 7 3
    6 GOMBAK 18 16 2
    7 HULU LANGAT 16 12 4
    8 HULU SELANGOR 20 20
    9 SEPANG 24 3 21
    JUMLAH 176 110 66

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.