Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

80) AGAMA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam usaha memperbaiki kualiti pentadbiran dan pengurusan masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor. Adakah senarai nama Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau yang ditauliahkan oleh pihak JAIS bermula dari Jun 2009 berdasarkan senarai sebenar seperti yang di cadang/diputuskan oleh Mesyuarat Agong Tahunan setiap masjid dan surau berkenaan seperti yang telah diadakan?

    Pelantikan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid adalah berdasarkan kepada senarai yang dicalonkan di peringkat kariah masjid berkenaan yang dibuat secara undian. Untuk jawatan Nazir pihak kariah masjid hanya mencalonkan 3 nama dan keputusan bagi yang layak dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Daerah berdasarkan kriteria berikut:

    1. Calon berumur tidak melebihi 60 tahun.
    2. Tinggal tetap dalam kariah masjid/surau.
    3. Boleh membaca, menulis dan mengira.
    4. Bagi jawatan Nazir, keutamaan akademik minima ialah mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Agama (SPA) dan keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai diploma.
    5. Calon Nazir hendaklah mampu mengetuai halaqah-halaqah ringan yang melibatkan Ahli Jawatankuasa dan jemaah di samping mampu mengimamkan sembahyang berjemaah, menyampaikan khutbah serta mengetuai majlis tahlil.
    6. Bagi jawatan Setiausaha, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang memiliki pengalaman kesetiausahaan dan pentadbiran.
    7. Bagi jawatan Bendahari, keutamaan hendaklah terdiri daripada mereka yang memiliki ilmu dan berkemahiran dalam penyimpanan buku kira-kira.
    8. Ahli-ahli lain hendaklah terdiri dari mereka yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran.
    9. Mempunyai pengetahuan agama Islam.
    10. Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah.
    11. Selalu membuat amal kebajikan.
    12. Sihat tubuh badan dan mental.
    13. Mempunyai daya kepimpinan.
    14. Sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah dan menunjukkan ciri-ciri kreatif serta sering membawa idea-idea baru untuk meningkatkan kemajuan masjid/surau.

Lampiran

Tiada Lampiran.