Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
124) AGAMA
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kaedah yang diguna pakai oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor / Jabatan Agama Islam Selangor dalam membuat perlantikan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid di seluruh negeri Selangor bagi tahun 2012?
Pelantikan pegawai dan jawatankuasa masjid bagi tahun 2012 adalah melalui proses pencalonan di peringkat kariah masjid. Proses pelantikan ini dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan Enakmen dan Kaedah sedia ada.