Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

10) AGENDA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah agenda pembangunan luar bandar dan kampung, demi meningkatkan kualiti kehidupan di kawasan luar bandar?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras untuk memastikan infrastruktur yang diperolehi oleh masyarakat pinggiran bandar adalah setanding dengan infrastruktur yang diperolehi oleh masyarakat di bandar. Bagi memastikan kelengkapan dan kesempurnaan infrastruktur ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar khas untuk menampung kos pembaikan dan pengwujudan infrastruktur baru di kawasan kampung. Pada tahun 2015, jumlah peruntukan yang diberikan untuk penyelenggaraan jalan kampung adalah sebanyak RM12 juta berbanding RM4 juta pada tahun 2014, manakala bagi menaiktaraf kemudahan asas desa peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM4 juta. Peningkatan peruntukan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri komited dalam menaiktaraf kemudahan awam dan infrastruktur di negeri Selangor khasnya di kawasan

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri turut komited untuk melaksanakan program- program berbentuk sosial dan ekonomi untuk memastikan kualiti hidup masyarakat di kampung adalah setanding dengan masyarakat di bandar seperti mewujudkan Dataran Niaga untuk penduduk kampung, inkubator untuk belia di desa memulakan perniagaan serta kursus-kursus kemahiran jangka masa pendek dan sederhana untuk dimanfaatkan oleh belia yang keciciran di dalam akademik.

Lampiran

Tiada Lampiran.