Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

144) AGENSI KAWALAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan satu agensi negeri yang khusus untukmengawal selia rumah-rumah ibadat untuk kaum bukan Islam sepertimana fungsi JAIS?

    1. Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini telah mempunyai satu Jawatankuasa Khas bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan keagamaan Selain Islam iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (HESI) yang dipengerusikan oleh tiga (3) orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu YB Dato’ Teng Chang Khim, YB Tuan Ganabatirau a/l Veraman dan YB Tuan Hee Loy Sian. Peranan utama Jawatankuasa HESI adalah seperti berikut :

     

    1. i) Menyelesaikan masalah isu-isu mengenai bangunan keagamaan selain Islam;
    2. ii) Memperakukan permohonan pewartaan tanah bagi tapak baru dan penggantian tapak bangunan keagamaan selain Islam;

    iii)        Membincangkan dan memutuskan hal-hal berkaitan tanah perkuburan selain Islam;

    1. iv) Menyalurkan peruntukan kewangan kepada setiap bangunan keagamaan bergantung kepada jumlah peruntukan semasa yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri; dan
    2. v) Memperakui tindakan penguatkuasaan ke atas rumah ibadat selain Islam dan tempat penyembahan dibina tanpa kebenaran di negeri Selangor.

     

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri merasakan kewujudan Jawatankuasa Khas ini mencukupi untuk membincangkan isu-isu masyarakat pelbagai agama di Negeri Selangor.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.