Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

52) AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA SUMBER AIR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon menyatakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab kepada pengurusan dan pemantauan sungai serta sumber air di Selangor serta jumlah kakitangan yang terlibat.

    sehenti dengan pendekatan pengurusan bersepadu bersama agensi-agensi lain yang berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Perhutanan, Jabatan Veterinar, Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) serta agensi-agensi yang terlibat berdasarkan kedudukan dan isu sesuatu sumber air tersebut.

    Sehingga 25 Oktober 2016, LUAS mempunyai kekuatan anggota kakitangan seramai 104 orang yang terdiri daripada 72 orang pegawai/kakitangan lantikan bertaraf tetap dan 32 orang pegawai/kakitangan lantikan bertaraf kontrak. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 14 orang pegawai/kakitangan terdiri daripada anggota penguatkuasa yang diperincikan seperti berikut:

    1. Pegawai Penguatkuasa Gred N41 (1 orang),
    2. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (2 orang), dan
    3. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (11 orang).

    Mesyuarat Lembaga Pengarah LUAS Bil 2/2016 pada 20 September 2016 seterusnya telah meluluskan pengambilan 45 orang pegawai/kakitangan lantikan bertaraf kontrak baharu yang mana merangkumi 13 orang pegawai/kakitangan anggota penguatkuasa tambahan seperti berikut;

    1. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (1 orang), dan
    2. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (12 orang).

    Lantikan pegawai/kakitangan baharu ini akan dilakukan secara berperingkat bermula pada bulan Januari 2017 yang mana akan melibatkan 4 orang Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 untuk permulaan. Langkah berperingkat ini adalah untuk memastikan ketersediaan ruangan kerja bagi pegawai/kakitangan baharu yang akan dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.