Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

144) AGIHAN PROGRAM MES

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan pecahan mengikut kaum, program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah diagihkan kepada mereka yang layak di setiap DUN dalam Negeri Selangor dari 2008 hingga kini

    Semua rakyat di Negeri Selangor layak dan mempunyai peluang untuk menikmati manfaat dari Program MES tanpa mengira jantina, kaum, bangsa, fahaman politik dan pegangan agama. Ringkasan bagi pecahan mengikut kaum bagi setiap program di DUN dalam Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga kini adalah seperti di Lampiran A hingga J. Walau bagaimanapun, terdapat lapan (8) program di bawah MES iaitu Pusat Dialisis Rakyat, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M2), Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral, kemudahan Cuti Bersalin 90 Hari, Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari dan Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari tidak mempunyai data pecahan mengikut DUN dan kaum

Lampiran

Tiada Lampiran.