Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

50) AGIHAN WANG ZAKAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah agihan wang zakat untuk membantu golongan asnaf miskin di Negeri Selangor dan apakah kriteria - kriteria yang diguna pakai untuk penilaian asnaf miskin ini ?

    Jumlah agihan wang zakat untuk golongan fakir dan miskin di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    Jumlah Agihan Zakat Untuk Asnaf Fakir dan Miskin

    Asnaf *2012 (RM) 2011 (RM)
    Fakir 44,331,005 35,495,362
    Miskin 94,851,508 76,090,320
    Jumlah 139,182,513 111,585,682

    *Nota:Data belum audit

    Kriteria penilaian asnaf fakir dan miskin yang diguna pakai oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) adalah berdasarkan kepada Fatwa Sistem Pengurusan Agihan Zakat Negeri Selangor. Kriteria asnaf fakir dan miskin adalah seperti berikut: Kriteria Asnaf Fakir

    1. Beragama Islam dan menetap di Negeri Selangor.
    2. Mempunyai pekerjaan yang tidak halal dan berusaha mencari pekerjaan yang halal.
    3. Ada pekerjaan atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus had kifayah.
    4. Hilang keupayaan diri untuk bekerja dan menyara kehidupan diri dan/atau tanggungannya.
    5. Wanita atau anak-anak yang hilang tempat bergantung atau teraniaya1.
    6. Tua/uzur/sebatang kara/cacat dan tiada upaya untuk menyara hidup.
    7. Sakit kronik yang memerlukan kos perubatan yang tinggi atau sakit kronik yang berpanjangan.
    8. Cacat atau sakit kronik yang berupaya menyara hidup tetapi tidak mencukupi separuh had kifayah.
    9. Mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan diri dan tanggungan.

    Kriteria Asnaf Miskin

    1. Beragama Islam dan menetap di Negeri Selangor.
    2. Ada harta tetapi hasil tidak mencukupi.
    3. Mempunyai harta atau pendapatan halal boleh menampung 50 peratus untuk keperluan diri atau keperluan diri dan tanggungan.
    4. Mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tetapi tidak mencukupi had kifayah.
    5. Wanita atau anak-anak yang hilang tempat bergantung atau teraniaya. 2
    6. Cacat atau sakit kronik yang berupaya menyara hidup tetapi tidak mencukupi had kifayah.
    7. Ada harta yang boleh menampung keperluan asasi dan boleh dimanfaatkan tetapi tidak mencukupi.

    1 Contoh:

    i.Ditinggalkan suami tanpa cerai.

    ii.Suami masuk penjara/pusat serenti.

    iii.Menunggu keputusan penceraian dari Mahkamah Syariah.

    iv.Suami ghaib tanpa memberi nafkah.

    1. Suami tidak bertanggungjawab pada nafkah.
    2. Suami meninggal dunia, sementara menunggu keputusan Amanah Raya. vii. Diceraikan suami atau tidak menerima nafkah.

Lampiran

Tiada Lampiran.