Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

26) AGRO-PELANCONGAN DI MERU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai plan khusus untuk menjadikan Meru sebagai hub agro pelancongan, kesenian dan sukan di Selangor?

    Setakat ini tiada perancangan khusus oleh pihak Majlis Perbandaran Klang. Walaubagaimanapun, Kampung Bukit Kapar yang terkenal dengan seni warisan kebudayaan menerusi permainan gasing pangkah, muzik cempuling dan silat yang mempunyai potensi untuk di jadikan tarikan pelancongan seni warisan kebudayaan dan sukan di Dun Meru.
    Selain itu, Padang Bolasepak Meru di Jalan Kopi seringkali dijadikan tempat latihan bagi Piala Presiden Selangor dan pertandingan di peringkat Football Association of Malaysia (FAM). Sekolah Menengah Kebangsaan Meru juga merupakan sekolah di bawah Program Pembangunan Sukan Bola Sepak Malaysia (NFDP) National Football Development Programme of Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.