Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

109) AGRO TOURIST DI KAMPUNG BUKIT CHERAKAH JAYA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menjadikan Kampung Bukit Cherakah Jaya sebagai kampung Agro-tourist?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak ada sebarang perancangan khusus untuk menjadikan Kampung Bukit Cherakah Jaya sebagai kampung Agro-tourist ataupun Inap Desa (Homestay).

    Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor menyambut baik cadangan perancangan ini untuk membantu semua produk pelancongan yang bersedia dan berpotensi untuk dibangunkan dan dipromosikan samada di dalam dan juga luar Negara. Terdapat beberapa insentif yang berkaitan yang boleh dirujuk oleh mereka yang berminat khususnya penduduk di Kampung  Bukit Cherakah Jaya, dalam bidang agro-pelancongan atau Homestay di Negeri Selangor seperti melalui usahasama daripada Jabatan Pertanian dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia untuk membangunkan homestay (Inap Desa).

Lampiran

Tiada Lampiran.